Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.8 Peratus pada suku ketiga 2025

Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.8 Peratus pada suku ketiga 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Produktiviti buruh per jam bekerja negara meningkat 3.8 peratus pada suku ketiga 2025 kepada RM45.10 sejam, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam penerbitan Statistik Produktiviti Buruh, Malaysia, Suku Tahun Ketiga 2025 hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ini seiring dengan peningkatan ekonomi sebanyak 5.2 peratus, berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya, manakala jumlah jam bekerja naik 1.3 peratus kepada 9.8 bilion jam.

“Jumlah pekerja pula meningkat kepada 17 juta orang, menunjukkan pertumbuhan 1.5 peratus, dan produktiviti buruh per pekerja bertambah 3.6 peratus dengan nilai ditambah RM26,052 seorang,” katanya dalam kenyataan.

Prestasi produktiviti per jam bekerja disokong semua sektor ekonomi, diterajui pembinaan (10.2 peratus), diikuti perlombongan dan pengkuarian (9.7 peratus), pembuatan (4.2 peratus), perkhidmatan (2.9 peratus) dan pertanian (1.3 peratus).

Dalam sektor perkhidmatan, hampir semua subsektor mencatat pertumbuhan, termasuk perkhidmatan lain (5.6 peratus), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (5.5 peratus) dan makanan dan minuman serta penginapan (5.4 peratus), manakala kewangan dan insurans (-2.4 peratus) dan Utiliti (-0.03 peratus) merekodkan penurunan.

Sektor Pembuatan pula mencatat peningkatan bagi kebanyakan subsektor, terutama minyak da lemak daripada sayuran dan haiwan dan prosesan makanan (9.4 peratus) dan produk elektrik, elektronik dan optikal (6.6 peratus). 

Sub-sektor tekstil, pakaian dan kulit menurun 0.8 peratus.

Bagi produktiviti per pekerja, sektor pembinaan memacu prestasi dengan pertumbuhan 10.8 peratus, diikuti perlombongan dan pengkuarian (8.9 peratus) dan pembuatan (3.5 peratus).

Tambahnya lagi, produktiviti buruh negara berada pada landasan kukuh, disokong ekonomi stabil dan pembaharuan pasaran buruh. 

Pelaburan dalam transformasi digital, komunikasi dan analitik penting bagi meningkatkan produktiviti masa depan.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN