PETALING JAYA: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan perlindungan yang lebih pintar dan fleksibel melalui Smart Home cover – sebuah penyelesaian insurans kediaman komprehensif yang menyediakan ketenangan minda yang berterusan untuk pemilik rumah, penyewa dan tuan rumah.
Dengan kenaikan nilai hartanah dan peningkatan risiko kejadian yang tidak dijangka seperti banjir dan kebakaran, melindungi kediaman anda adalah sangat penting.
Smart Home Cover menyediakan cara yang mudah untuk kekal dilindungi, menawarkan perlindungan fleksibel yang disesuaikan dengan keperluan anda dan melangkaui perkara asas, dengan kemudahan tambahan dan penjimatan untuk pelan berbilang tahun.
“Smart Home Cover Allianz General menawarkan penyelesaian semua-dalam-satu untuk melindungi bangunan kediaman and isi kandungannya, tanpa memiliki polisi berlainan yang pelbagai. Selain insurans Kebakaran, Smart Home Cover menawarkan perlindungan dan kemudahan dalam pelbagai aspek untuk pemilikan rumah atau penyewaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang.
Untuk penjimatan lebih, Smart Home cover juga tersedia dalam Pelan Berbilang Tahun, yang memastikan anda dilindungi tanpa gangguan selama tiga tahun dengan bayaran premium tunggal, bebas dari kerumitan pembaharuan tahunan.
“Smart Home Cover Allianz General menyediakan fleksibiliti, perlindungan berkualiti dan nilai jangka panjang melebihi apa yang biasanya tersedia dengan pelan insurans kediaman asas.
“Dengan Pelan Berbilang Tahun, pelanggan juga boleh menikmati perlindungan dan ketenangan minda yang berpanjangan,” katanya.
Perlindungan kediaman semua-dalam-satu Smart Home Cover termasuk lima komponen yang boleh disesuaikan:
- Empunya Rumah (Bangunan) – Melindungi struktur rumah anda, lekapan, lengkapan, dinding, pintu pagar dan pagar daripada kebakaran, banjir, paip pecah, petir, gempa bumi dan kejadian lain yang diinsuranskan.
- Isi Rumah (Isi Kandungan) – melindungi kandungan isi rumah anda dan barangan peribadi daripada kerosakan atau kehilangan akibat kebakaran, rompakan, banjir, letupan dan banyak lagi.
- Perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji– Melindungi pembayaran semula gadai janji bulanan anda jika rumah anda menjadi tidak boleh boleh didiami kerana kejadian yang diinsuranskan atau pengosongan tempatan, atau jika berlaku kematian yang tidak dijangka atau ketidakupayaan kekal secara keseluruhan.
- Pembaikan Rumah dan Penjagaan Rumah – Melindungi pembayaran balik untuk pembaikan, penjagaan dan pembersihan rumah.
- Insurans Tuan Penyewa– Menawarkan perlindungan daripada kerosakan berunsur negatif oleh penyewa dan melindungi yuran guaman untuk surat tuntutan bagi sewa tertunggak.
- Kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di selatan Semenanjung Malaysia juga menekankan kepentingan untuk menjaga keselamatan kediaman daripada sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun dengan bencana alam yang jarang berlaku di negara ini. Dengan Smart Home Cover, Empunya Rumah (Bangunan) dan/atau Isi Rumah (Isi Kandungan) akan dilindungi secara automatik daripada kejadian yang tidak diingini daripada bencana alam seperti gempa bumi hingga ke kejadian buruk seperti kecurian, tanpa perlu membuat pertambahan.
Pemilik rumah kebiasaannya diwajibkan oleh pihak bank untuk mendapatkan sama ada insurans Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) atau Jaminan Tempoh Saksama Gadai Janji (MLTA) sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman mereka, untuk menjamin sekiranya berlaku kematian atau kecatatan kekal dan keseluruhan kepada peminjam dengan membantu melangsaikan baki pinjaman tertunggak.
Walau bagaimanapun, MRTA dan MLTA hanya melindungi individu – bukan hartanah sahaja, dan hanya sementara pembiayaan perumahan masih berbayar. Selain itu, jika polisi-polisi tersebut aktif, insurans kediaman masih penting selagi ia menyediakan perlindungan untuk struktur fizikal rumah dan, bergantung kepada polisi, isi kandungan kediaman juga.
Untuk memastikan perlindungan mencukupi, pemilik rumah harus sentiasa memastikan polisi insurans kediaman aktif tanpa mengira status gadai janji. Setiap rumah berkemungkinan menghadapi lebih banyak isu saban tahun seperti paip air pecah, yang dilindungi oleh Smart Home Cover.










