PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dijangka mengukuhkan keyakinan sektor swasta dan pelabur terhadap hala tuju ekonomi negara, kata penganalisis. Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, langkah itu memastikan kos pembiayaan projek kekal boleh dijangka, sekali gus memberi isyarat kestabilan kepada pelabur untuk meneruskan pelaburan jangka panjang. “Apabila kadar pinjaman stabil, syarikat…










