PETALING JAYA: MNRB Holdings Berhad (MNRB) mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 51.8 peratus kepada RM280.7 juta bagi enam bulan pertama tahun kewangan 2026 berakhir 30 September 2025, berbanding RM184.9 juta pada tempoh sama tahun sebelum. Peningkatan itu terutamanya disokong oleh pertumbuhan pendapatan insurans/takaful, amalan penjaminan risiko yang berhati-hati, pengalaman tuntutan yang menggalakkan dan prestasi pelaburan yang lebih baik serta persekitaran operasi yang stabil sepanjang tempoh semakan. Jumlah pendapatan…










