PETALING JAYA: Malayan Banking Bhd. (Maybank) menyediakan RM15 bilion ke dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merangkumi RM10 bilion dalam pembiayaan yang telah diluluskan serta RM5.35 bilion dalam tempoh tiga hingga 10 tahun akan datang melalui minat pelaburan menerusi surat hasrat (LOI) daripada para pelanggan.
Pembiayaan dan pelaburan itu merangkumi keseluruhan spektrum segmen pelanggan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat modal pertengahan hingga ke syarikat besar dan multinasional.
Kesemuanya memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan industri berfokus JS SEZ, termasuk pembuatan bernilai tinggi, ekonomi digital, keselamatan makanan, penjagaan kesihatan dan logistik.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Khairussaleh Ramli berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan agensi kerajaan, persatuan industri dan pengawal selia di Malaysia dan Singapura dalam tempoh dua tahun yang lalu.– UTUSAN










