PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) menjana RM177.56 juta potensi eksport melalui Program Pencarian Antarabangsa (INSP) di Malaysian Wood Expo (MWE) 2025. Penjanaan itu diperoleh melalui 358 mesyuarat perniagaan antara 50 pengeksport Malaysia dan 78 pembeli luar negara dari 27 buah negara. Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Seri Mohd. Mustafa Abdul Aziz berkata, kerjasama strategik adalah penting dalam memacu pertumbuhan eksport yang…










