KUALA LUMPUR: Malaysia terus membuktikan keupayaannya mengurus ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, apabila kedudukan negara dalam rantaian bekalan antarabangsa kekal kukuh meskipun berdepan tekanan tarif antara kuasa besar dunia. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, memahami struktur rantaian bekalan global adalah kunci untuk menilai kesan tarif terhadap ekonomi Malaysia. “Rantaian bekalan bagi sektor teknologi tinggi seperti sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor adalah sangat terhubung secara…











