PETALING JAYA: Malaysia Airlines dan Trip.Biz, cabang Business Travel Trip.com Group menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) strategik bagi menyediakan penyelesaian perjalanan perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi pasaran utama di Asia, Eropah dan lain-lain. Pemeteraian MoU itu akan membolehkan pelanggan Trip.Biz mengakses dengan lebih mudah program MHcorporate kendalian Malaysia Airlines, sekali gus menjadikan Malaysia Airlines rakan kerjasama pilihan di platform tempahan global Trip.Biz. Ketua Pegawai Komersial Penerbangan dari Malaysia…










