Mah Sing cadang ambil alih tapak Hotel Corus pada harga RM260 juta - Utusan Malaysia

Mah Sing cadang ambil alih tapak Hotel Corus pada harga RM260 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mengumumkan cadangan pengambilalihan ke atas tapak Hotel Corus seluas 0.6 hektar di sepanjang Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada harga RM260 juta.

Dalam maklumkan di Bursa Malaysia, cadangan pengambilalihan tersebut tersebut dilaksanakan oleh anak syarikat milik penuhnya, Suria Lagenda Development Sdn. Bhd.

Katanya, tapak di kawasan utama tersebut mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar kira-kira RM1.28 bilion

Tapak Hotel Corus tersebut berstatus pegangan bebas dan terletak dalam jarak berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC.

“Syarikat ingin mengumumkan bahawa Pembeli telah menerima pemberitahuan daripada peguamcaranya pada 18 November 2025 yang mengesahkan bahawa syarat-syarat terdahulu dalam perjanjian jual beli (SPA) telah dipenuhi.

“Sehubungan itu, SPA untuk cadangan pengambilalihan menjadi tidak bersyarat pada 18 November 2025,” kataya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN