PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2025 dijangka mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 5.2 peratus, mengatasi jangkaan pasaran dan pertumbuhan 4.4 peratus pada suku sebelumnya. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, prestasi positif itu banyak disumbangkan oleh sektor eksport yang menunjukkan peningkatan mendadak, terutama dalam industri elektronik dan komponen semikonduktor. Katanya, walaupun pelaksanaan tarif eksport 19 peratus oleh Presiden…










