PETALING JAYA: Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 6.6 peratus kepada RM158 bilion pada September 2025, dipacu oleh prestasi kukuh dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan yang dicatatkan menunjukkan peningkatan aktiviti ekonomi dan sentimen pengguna yang stabil sepanjang bulan tersebut.
“Prestasi perdagangan borong dan runcit terus mengekalkan momentum yang positif, terutamanya dengan sokongan perbelanjaan isi rumah serta aktiviti jualan di peringkat peruncitan.
“Ini menandakan keyakinan pengguna terhadap ekonomi kekal baik,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, subsektor perdagangan borong mencatatkan jualan sebanyak RM71.1 bilion dengan pertumbuhan 6.9 peratus tahun ke tahun, manakala subsektor perdagangan runcit merekodkan RM68.9 bilion, meningkat 7.0 peratus.
“Dalam subsektor kenderaan bermotor, jualan meningkat 4.3 peratus kepada RM18 bilion, sejajar dengan peningkatan pendaftaran kenderaan baharu seperti pasar raya dan pasar mini merekodkan pertumbuhan tertinggi 9.9 peratus kepada RM27.1 bilion, dipacu oleh penebusan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100.
“Bantuan tunai bersasar seperti SARA memainkan peranan penting dalam merancakkan semula perbelanjaan isi rumah, terutama bagi barangan keperluan asas,” katanya.
Katanya, jualan runcit dalam talian juga meningkat 9.5 peratus, sebahagiannya dipengaruhi oleh promosi jualan 9.9 di platform e-dagang-dompet melonjak 62.7 peratus kepada RM23.9 bilion, menunjukkan peralihan pengguna yang berterusan ke arah pembayaran tanpa tunai.
“Kita menjangka momentum ini berkekalan pada Oktober berikutan sambutan Deepavali serta bantuan tunai isi rumah yang masih berlangsung, yang dijangka terus menyokong permintaan pengguna,” katanya. – UTUSAN










