IHPR naik 1.0 peratus pada suku ketiga 2025 - Utusan Malaysia

IHPR naik 1.0 peratus pada suku ketiga 2025

INDEKS Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia 1.0 peratus pada suku ketiga 2025. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING Jaya: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) meningkat 1.0 peratus pada suku ketiga 2025, mengekalkan kadar yang sama bagi dua suku tahun berturut-turut, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 3.4 peratus berbanding peningkatan 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh indeks restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak sebanyak 4.0 peratus dan aktiviti perkhidmatan minuman (3.0 peratus).

“Indeks lain yang mencatatkan kenaikan adalah pendidikan (1.4 peratus), kesihatan (0.7 peratus) dan profesional (0.6 peratus).

“Kedua-dua indeks pengangkutan dan aktiviti hartanah masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus.

“Sementara itu, indeks kesenian, hiburan dan rekreasi mencatatkan peningkatan perlahan 0.4 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, sebaliknya, indeks maklumat dan komunikasi merekodkan penurunan sederhana 0.1 peratus, selepas mencatatkan tiada perubahan pada suku tahun sebelumnya.

“Ini dipengaruhi oleh aktiviti telekomunikasi tanpa wayar (-0.1 peratus) dan Pengaturcaraan komputer, perundingan dan aktiviti berkaitan (-0.1 peratus),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada asas suku tahunan, IHPRP mencatatkan peningkatan 0.1 peratus berbanding 0.3 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh indeks 0enginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.7 peratus), pengangkutan (0.6 peratus) dan pendidikan (0.3 peratus).

“Sementara itu, indeks kesihatan, profesional dan aktiviti hartanah masing-masing mencatatkan peningkatan 0.1 peratus.

“Namun begitu, indeks kesenian, hiburan dan rekreasi mencatatkan penurunan 3.1 peratus, selepas peningkatan 2.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, manakala indeks maklumat dan komunikasi mencatatkan penurunan perlahan sebanyak 0.1 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN