Glomac catat prestasi kukuh bagi suku kedua

Glomac catat prestasi kukuh bagi suku kedua

glomac
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Glomac Berhad (Glomac), mencatatkan prestasi kukuh bagi suku kedua berakhir 31 Oktober 2025 (“2Q TK2026”),  didorong oleh operasi stabil dan pelaksanaan projek yang teratur merentasi portfolionya. 

Bagi suku berkenaan, syarikat merekodkan pendapatan sebanyak RM55.8 juta dan  keuntungan sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM6.1 juta, sejajar dengan pendapatan  RM56.4 juta dan PBT RM6.2 juta yang dicatatkan pada 2Q TK2025. Prestasi ini disokong  oleh kemajuan pembinaan yang konsisten merentasi projek aktif serta fokus berterusan  terhadap kecekapan operasi. 

Bagi separuh pertama tahun kewangan (“1H TK2026”), Syarikat mencatatkan pendapatan  RM81.8 juta, dengan penyederhanaan tahun ke tahun (“YoY”) disebabkan peringkat awal  fasa awal pembinaan yang dirancang pada suku pertama untuk beberapa projek. PBT  bagi tempoh tersebut berjumlah RM4.9 juta. 

Profil keuntungan Syarikat terus mengukuh dengan margin keuntungan kasar meningkat  kepada 31.7 peratus berbanding 30.3 peratus tahun sebelumnya. Peningkatan ini disokong oleh  campuran jualan yang menggalakkan serta sumbangan margin lebih tinggi daripada  penawaran komersial khususnya rumah kedai di Saujana Perdana dan Lakeside  Boulevard II. 

Pelancaran Baharu

Glomac memasuki separuh kedua TK2026 dengan momentum projek yang kukuh.  Daripada jumlah pelancaran bernilai RM324 juta yang dirancang bagi tahun ini, sekitar  RM74 juta telah dilaksanakan, manakala baki RM250 juta akan dijadualkan dalam dua  suku akan datang melalui inisiatif pemasaran dan jualan yang strategik. 

Siri Serai@SBCR dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM220  juta di Sungai Buloh Country Resort terus menjadi pemacu utama bagi segmen kediaman  bertanah Syarikat. Serai1@SBCR mencapai jualan penuh sejurus selepas pelancaran,  manakala Serai2@SBCR menunjukkan momentum jualan yang memberangsangkan. 

Serai3@SBCR pula dijadualkan untuk pelancaran dalam masa terdekat. Permintaan bagi kesuluruhan siri ini kekal stabil berikutan daya tarikan lokasinya, kemudahan sedia ada  dan akses mudah ke Bandar Saujana Utama. 

Selain SBCR, Glomac juga akan memperkenalkan rumah teres di Saujana Jaya, Kulai,  serta rumah berkembar di Lakeside Residences dan Saujana Rawang, menegaskan  komitment Syarikat terhadap segmen kediaman bertanah mampu milik dan pertengahan. 

Kedudukan Kewangan 

Syarikat berada pada landasan kewangan yang sihat, menamatkan suku berkenaan dengan baki tunai dan setara tunai berjumlah RM228.7 juta. Kedudukan ini turut disokong  oleh Program Sukuk Wakalah RM3.0 bilion Glomac, yang menyediakan menyediakan  kapasiti kewangan yang kukuh bagi menampung pembangunan, keperluan modal kerja  dan meneroka peluang bank tanah serta pelaburan strategik. 

Prospek 

Inisiatif di bawah Belanjawan 2026, termasuk lanjutan pengecualian duti setem bagi  pembeli rumah pertama untuk hartanah bernilai sehingga RM500,000, dijangka memberi  rangsangan kepada sentimen pasaran, dan Glomac mengekalkan pandangan yang  konstruktif dan berdisiplin.

Keutamaan Syarikat kekal pada pelancaran yang responsif  terhadap pasaran, mengekalkan momentum jualan dan mengurus kos dengan berhemah  supaya aktiviti pembangunan kekal selaras dengan perubahan permintaan. 

Prestasi 2Q mencerminkan kekukuhan pelaksanaan berdisiplin dan permintaan yang  konsisten terhadap produk kami. Menjelang separuh kedua tahun ini, kami terus komited  untuk menyediakan pembangunan berkualiti yang memenuhi keperluan pembeli dan  memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN