Giulio Slavich Ketua Pegawai Eksekutif baharu Allianz Life Insurance Malaysia Berhad

Giulio Slavich Ketua Pegawai Eksekutif baharu Allianz Life Insurance Malaysia Berhad

allianz
Giulio Slavich
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah melantik Giulio Slavich sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu untuk anak syarikat insurans hayatnya, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) berkuatkuasa dari 1 Januari 2026. 

Giulio mengambil alih tugas daripada CEO Allianz Life kini, Charles Ong, yang akan bersara pada 31 Disember 2025 susulan kerjaya dalam industri insurans yang melebihi 30 tahun.

Giulio telah menyertai Allianz Malaysia sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pada tahun 2022 dan telah berjaya mengetuai fungsi Laporan Kewangan dan Kelestarian, memacu pelaksanaan IFRS 9 dan 17, mempromosikan perjalanan Kelestarian Kumpulan Allianz Malaysia, dan memimpin program transformasi agensi syarikat.

Sebelum ini, Giulio memegang jawatan sebagai Ketua Global Pusat Kecekapan untuk Hayat & Kesihatan di Kumpulan Allianz SE dan telah mengetuai segmen Hayat di Allianz Italy. 

“Giulio membawa pengalaman yang luas kepada peranan baharunya, dengan pengalaman 25 tahun dalam industri insurans. Kerjaya beliau mencerminkan pemahaman yang mendalam tentang dinamik and kebolehan menyesuaikan diri dalam insurans global merentasi kumpulan insurans yang besar dan kami yakin beliau boleh mendorong Allianz Life mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

“Charles telah menjadi sumber kekuatan dan kebijaksanaan yang teguh dalam organisasi ini. Kepimpinan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi telah memainkan peranan penting untuk organisasi dan pihak pengurusan ingin mengucapkan rasa syukur kami untuk sumbangan yang tidak ternilainya,” kata CEO Allianz Malaysia, Sean Wang. 

CEO Serantau Allianz Asia Pacific, Anusha Thavarajah berkata: “Pelantikan Giulio mencerminkan tenaga kerja berbakat dan komitmen kali ini mengembangkan pemimpin yang akan mengetuai, membentuk industri, dan memacu pembangunan lestari dan jangka panjang. Pengalaman di peringkat global dan pemahaman tentang perniagaan Allianz Life Malaysia melayakkan beliau untuk menyokong perkembangan organisasi yang berterusan. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Charles untuk kepimpinan dan sumbangannya yang besar kepada Allianz selama ini. Sumbangannya telah membina sebuah perniagaan yang berdaya tahan di Malaysia, dan saya berbesar hati untuk bekerjasama dengannya dalam tugasnya sebagai penasihat.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN