RAMAI orang terutamanya golongan muda pada zaman kini semakin cenderung untuk mencari pekerjaan sambilan selepas waktu bekerja utama, bagi menampung keperluan harian serta komitmen bulanan mereka. Selain membantu menambah pendapatan, pekerjaan sambilan juga memberikan pengalaman berharga, memperluas rangkaian profesional dan meningkatkan kemahiran individu. Bagaimanapun, pekerjaan ini mestilah yang diminati supaya anda boleh menjana pendapatan tambahan tanpa merasa beban. Kerja-kerja sambilan sebenarnya boleh ditemui melalui portal pekerjaan seperti Maukerja, Indeed dan…










