PETALING JAYA: Aktiviti eksport Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) ke Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan kini menyumbang 38 peratus daripada jumlah jualan berbanding hanya 18 peratus tiga suku sebelumnya. Syarikat itu dijangka mencatatkan pertumbuhan jumlah jualan dua digit bagi tahun kewangan 2026, disokong oleh pengisian semula pesanan yang stabil dan harga yang lebih sihat. Ketua Penyelidikan di Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, sektor sarung tangan secara beransur-ansur mendapat…










