Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah, turun 1.95 mata kepada 1,621.55 pada pukul 5 petang hari ini berbanding 1,623.50 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,622.24

Jumlah dagangan sebanyak 4.768 bilion unit bernilai RM2.69 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 752 berbanding 427 dengan 576 kaunter tidak berubah dan 887 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 1,284.93 atau 2.50 peratus kepada 50,212.27 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura susut 0.19 peratus kepada 4,414.13 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 2.85 peratus kepada 4,004.42. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN