PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 8.25 mata kepada 1627.38 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1619.13 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,621.53.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.92 bilion unit bernilai RM2.27 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 600 berbanding 471 dengan 585 kaunter tidak berubah dan 1,004 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 3.02 peratus kepada 4,073.24 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 635.39 mata atau 1.26 peratus kepada 50,911.76 dan indeks STI Singapura turun 0.13 peratus kepada 4,486.24. – UTUSAN










