PETALING JAYA: Sin-Kung Airways Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh pakar pengangkutan kargo udara Sin-Kung Logistics Bhd. memeterai beberapa perjanjian perkhidmatan dengan anak syarikat Pos Malaysia Bhd. bagi memperkukuh keupayaan operasi menjelang pelancaran komersialnya pada suku keempat tahun ini. Perjanjian tersebut ditandatangani bersama Pos Aviation Sdn. Bhd. dan Pos Aviation Engineering Services Sdn. Bhd. (PAES), meliputi penyediaan perkhidmatan pengendalian darat, katering penerbangan serta sokongan kejuruteraan pesawat di lapangan terbang utama…