KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengagihkan pendapatan berjumlah RM263.7 bilion kepada rakyat Malaysia sejak penubuhannya, hasil strategi pelaburan mampan dan transformasi berterusan. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, agihan tertinggi dalam tempoh lima tahun disalurkan pada tahun lalu sebanyak RM14.5 bilion pada 2024, mencerminkan keberkesanan inisiatif transformasi syarikat. “PNB sudah dan terus melalui proses transformasi daripada pelabur domestik kepada pelabur global serta daripada tumpuan tunggal…