Pasaran saham dibuka positif

Pasaran saham dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.75 mata kepada 1,609.93 pukul 9.15 pagi hari ini, berbanding 1,607.18 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,611.78.

Jumlah dagangan sebanyak 310.85 bilion unit bernilai RM198.55 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 459 berbanding 133 dengan 299 kaunter tidak berubah dan 1,780 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 572.85 mata atau 1.66 peratus kepada 49,758.35 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura naik 1.37 peratus kepada 4,388.26 dan indeks Kospi Korea Selatan melonjak 1.90 peratus kepada 3,887.02. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN