PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.36 mata kepada 1,614.65 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,612.29 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,613.69.
Jumlah dagangan sebanyak RM68.21 juta unit bernilai RM38.73 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 125 berbanding 95 dengan 277 kaunter tidak berubah dan 2,184 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 466.22 mata atau 0.97 peratus kepada 47,811.52 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut 12.220 mata atau 0.28 peratus kepada 4,356.200 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 13.91 mata atau 0.37 peratus kepada 3,734.46.-UTUSAN