PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 17.62 mata kepada 1,604.63 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,622.25 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,601.75.
Jumlah dagangan sebanyak RM252.28 juta unit bernilai RM144.51 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 593 berbanding 48 dengan 204 kaunter tidak berubah dan 1,846 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 45.66 mata atau 1.26 peratus kepada 3,564.94 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut 56.79 mata atau 1.28 peratus kepada 4,370.270 dan indeks Nikkei Jepun turun 491.64 mata atau 1.01 peratus kepada 48,088.80. – UTUSAN