SHAH ALAM: Pasaran kurier Malaysia dijangka mencapai sekitar RM6.8 bilion hingga RM6.9 bilion tahun ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh lonjakan permintaan daripada sektor e-dagang serta penambahbaikan infrastruktur logistik, seperti fasiliti SPX (SPX) Express Sorting Centre. Katanya, berdasarkan maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bilangan bungkusan yang diuruskan dalam industri kurier meningkat mendadak daripada 52 juta pada 2015 kepada lebih 900 juta setahun pada…










