MSU terus berada dalam kalangan universiti terbaik dunia

MSU terus berada dalam kalangan universiti terbaik dunia

MSU
Lonjakan ranking MSU dalam THE WUR 2026 ini adalah selaras dengan kedudukan institusi tersebut dalam ranking THE Impact Ranking 2025 apabila disenaraikan pada kedudukan #101-200 dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Management and Science University (MSU) terus memperkasakan kedudukannya sebagai dalam kalangan institusi pendidikan tinggi terbaik dunia apabila melonjak 200 kedudukan apabila berada pada kedudukan #601-800 di seluruh dunia berdasarkan ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026.  Untuk rekod pada 2025, MSU berada pada kedudukan #801-1,000 dunia.

Pencapaian ini adalah merangkumi penilaian ketas 2,191 institusi dari 115 negara dan wilayah peningkatan ketara daripada jumlah institusi yang disenaraikan pada THE WUR 2025 iaitu 2,092 institusi.

THE World University Rankings yang berpangkalan di United Kingdom ini menilai lima indikator utama iaitu Pengajaran, Persekitaran Penyelidikan, Kualiti Penyelidikan, Industri, dan Pandangan Antarabangsa (International Outlook).

Lonjakan ranking MSU dalam THE WUR 2026 ini adalah selaras dengan kedudukan institusi tersebut dalam ranking THE Impact Ranking 2025 apabila disenaraikan pada kedudukan #101-200 dunia.

Secara keseluruhannya, 27 institusi pengajian tinggi di Malaysia telah disenaraikan dalam THE World University Ranking 2026 dimana MSU berada pada kedudukan 10 terbaik secara keseluruhannya. Manakala bagi  indikator International Outlook pula telah menyaksikan MSU berada pada  kedudukan ke-91 terbaik di dunia.

Ini merupakan penanda aras kepada keberkesanan strategi pengantarbangsaan MSU. Melalui strategi pengantarabangsaan yang menyeluruh, MSU telah menjalinkan kerjasama pintar lebih 500 universiti dan institusi di seluruh dunia, ini membuka laluan kepada pelbagai bentuk mobiliti global, termasuk program pertukaran pelajar dan staf (inbound dan outbound), latihan industri dan penyelidikan bersama.

Sehingga kini, komuniti pelajar antarabangsa MSU adalah berasal dari 75 negara termasuklah United Kingdom, Turkiye, China, Arab Saudi, Mesir, Indonesia, Sri Lanka, Brunei, Maldives, Oman, France, Yemen, Myanmar, Nigeria, Sudan, Botswana, India, Comoros, Iran, Libya dan lain-lain.

Antara program mobiliti global yang ditawarkan di MSU ialah “Global Mobility Programme” (GMP), “Global Leadership Programme” (GLP) dan “Global Internship Programme” (GIP) yang mendapat sokongan Universiti melalui Yayasan MSU melalui pengenalan Scholarship for Mobility and International Learning Experiences (SMILE).

 MSU turut memperkukuh jenamanya di peringkat global melalui kampus antarabangsanya di Bangalore (India), Colombo (Sri Lanka) dan Jakarta (Indonesia).  Inisiatif ini bukan sahaja memperluas akses kepada peluang pendidikan rentas sempadan, malah memperkukuh reputasi MSU sebagai universiti global.

Selain itu, pendekatan industry talent embedded ecosystem yang diterapkan turut diintegrasikan dalam agenda pengantarabangsaan melalui kolaborasi strategik dengan lebih 3,000 rakan industri di dalam dan luar negara. Ini membolehkan pelajar MSU mendapat pengalaman global sebenar, bersedia untuk pasaran kerja antarabangsa dan memenuhi keperluan industri global yang dinamik.

Selain aspek kerjasama pintar dengan rakan industri dan pengantarabangsaan, misi MSU dalam memperkasakan pembangunan modal insan turut merangkumi penekanan kepada aspek kebolehpasaran, keusahawanan, jalinan komuniti serta disokong oleh penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat, serta pendidikan fleksibel.

Seiring hasrat Malaysia menjadi hab pendidikan antarabangsa, MSU kekal komited untuk membina jaringan global yang inklusif, inovatif dan berimpak tinggi  serta merealisasikan aspirasi untuk melahirkan graduan bertaraf dunia yang mampu menjadi pemimpin di peringkat global.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN