PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjaya menarik potensi pelaburan hijau berjumlah RM7.3 bilion sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025. Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi utama pelaburan mampan di rantau ini. Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap usaha Malaysia membina ekosistem industri hijau yang berdaya tahan…










