PETALING JAYA: Harga emas melonjak ke paras tertinggi pada Isnin, didorong oleh permintaan tempat selamat di tengah-tengah ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang diperbaharui dan jangkaan pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS. Emas naik 1.36 peratus pada $4,071.95 (RM17,211.50) seauns atau kira-kira AS$130.92 (RM553.37) segram ketika berita ini ditulis. Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Disember melonjak 2.3 peratus kepada AS$4,093.50 (RM17,302.42). Presiden AS, Donald Trump pada Jumaat mengancam untuk…