DALAM dunia digital yang semakin pesat membangun, penggunaan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan dalam kehidupan seharian tanpa disedari.
Seiring waktu, pelbagai aplikasi pintar berasaskan AI muncul bagi membantu pengguna meningkatkan produktiviti, mengurus masa dan mengoptimumkan maklumat harian, sekali gus membuatkannya menjadi lebih mudah.
Penggunaan aplikasi berasaskan AI bukan sekadar memudahkan kerja, tetapi turut memberi kesan positif terhadap kecekapan ekonomi peribadi, bagaimanapun AI harus digunakan ke arah kebaikan supaya tidak memakan diri kemudian hari.
Sehubungan itu, Ringgit minggu ini menyenaraikan enam aplikasi AI yang dapat membantu penggunanya dalam kehidupan seharian mengikut penelitian penulis berdasarkan beberapa laman sesawang.
- ChatGPT
Dibangunkan oleh OpenAI, ChatGPT kini menjadi antara aplikasi AI paling popular di dunia.
Ia dapat membantu pengguna menulis e-mel, menyediakan laporan, menjana concept dan merancang jadual harian dengan hanya beberapa arahan mudah.
Chatgpt boleh memahami pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan boleh diakses menerusi laman web oleh semua orang secara percuma di internet.
- Turbo Transcribe
Bagi mereka yang sering menghadiri mesyuarat atau kuliah, turbo Transcribe menawarkan penyelesaian cepat dengan menukar audio atau video kepada teks automatik.
Aplikasi ini menyokong pelbagai layout fail dan pelbagai bahasa serta dapat akses percuma sebanyak tiga kali sehari bagi setiap e-mail yang digunakan, namun terhad kepada 30 minit audio sahaja.
- Otter.ai
Otter.ai pula menjadi pilihan utama dalam dunia korporat dan akademik kerana mampu merakam dan menyalin perbualan secara langsung sambil menjana ringkasan automatik.
ApIikasi ini boleh menyalin transkrip mesyuarat dalam talian secara masa nyata dan menghasilkan ringkasan mesyuarat yang tepat, lengkap dengan perkara-perkara penting, tangkapan skrin, dan rakaman audio.
Ia boleh diakses secara percuma, namun penggunaannya agak terhad kepada 30 minit rakaman audio sahaja.
- Gemini AI
Dibangunkan oleh Google, Gemini AI hadir sebagai pembantu digital pintar yang mampu menjana teks, imej dan analisis secara automatik.
Keistimewaannya ialah integrasi dengan aplikasi Google lain seperti Gmail, docs dan pressure, menjadikan urusan kerja dan penyelidikan lebih lancar serta efisien.
Ia boleh menyepadukan pembelajaran mendalam, pembelajaran pengukuhan dan pemprosesan data berskala besar untuk menyampaikan penyelesaian AI yang lebih pintar dan pantas.
- DeepSeek
DeepSeek merupakan model AI terbaharu daripada China yang kini menjadi bualan orang ramai di seluruh dunia terutamanya berkaitan dengan teknologi.
Ia chatbot berasaskan AI yang dicipta untuk bersaing dengan produk besar yang lain seperti ChatGPT, Gemini dan Claude.
Keistimewaan aplikasi ini pula ialah ia model AI bersifat sumber terbuka, di mana sesiapa sahaja boleh muat turun, ubah, atau gunakan teknologi ini secara percuma.
Ia sesuai untuk penyelidik, ahli akademik dan profesional kewangan yang memerlukan rumusan statistics dan penerangan berfakta.
- Perplexity AI
Perplexity AI menawarkan cara baharu untuk mencari maklumat di internet. Tidak sekadar memberi jawapan, ia turut menyenaraikan sumber asal bagi setiap maklumat yang dipaparkan.
Ia berfungsi sebagai enjin carian yang menyertakan pautan rujukan mirip Google yang membolehkan anda mengemukakan soalan secara interaktif dan pada masa yang sama, melakukan semakan fakta dengan mudah melalui pautan yang disediakan. – UTUSAN










