PETALING JAYA: Dassault Systèmes menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan INVEST Sarawak, sebuah agensi promosi pelaburan berkaitan kerajaan di Malaysia, bagi meneroka kerjasama yang menyokong transformasi Sarawak menjadi ekonomi yang dipacu inovasi dan mampan. Kerjasama ini akan menggunakan platform 3DEXPERIENCE Dassault Systèmes serta kepakaran dalam transformasi digital. Perjanjian ini menyatukan kepimpinan global Dassault Systèmes dalam teknologi ‘kembar maya’ (virtual twin) dengan mandat INVEST Sarawak untuk menarik dan memudah cara pelaburan berimpak tinggi…










