PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 9.65 mata kepada 1,616.83 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,607.18 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,611.78.
Jumlah dagangan sebanyak 3.68 bilion unit bernilai RM2.54 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 779 berbanding 369 dengan 496 kaunter tidak berubah dan 1,027 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 130.56 mata atau 0.27 peratus kepada 49,316.06 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura meningkat 1.2 peratus kepada 4,381.05 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.24 peratus kepada 3,823.84. – UTUSAN