PETALING JAYA: Betamek Berhad (Betamek) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jiangsu Yibang New Energy Technology Co., Ltd. (Yibang), sebuah perusahaan terkemuka China yang mengkhusus dalam teknologi penukaran protokol pengecasan kenderaan tenaga baharu (NEV). Mou tersebut ditandatangani melalui anak syarikat milik penuhnya, Betamek Research Sdn. Bhd. (BRSB). Di bawah MoU itu, Betamek dan Yibang akan meneroka kerjasama komprehensif meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknikal, penyelarasan pengurusan rantaian bekalan, pembuatan kontrak dan…