PETALING JAYA: AmanahRaya Real Estate Investment Trust (ARREIT), sebuah amanah pelaburan hartanah (REIT) yang tersenarai di Bursa Malaysia melaksanakan fasa baharu transformasi strategik. Pengarah Urusan, AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (AKRM), Datuk Mohd. Iskandar Dzulkarnain berkata, berteraskan Pelan Strategik 2025–2028, ARREIT komited untuk memperkukuh daya tahan, meningkatkan daya saing dan memastikan kelestarian dalam menghadapi lanskap pasaran hartanah yang semakin mencabar. “Transformasi ini bertujuan menjadikan ARREIT lebih kompetitif dan mampan, dengan…










