PETALING JAYA: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah memperkenalkan AssuredLove, ciri baharu yang memperkasakan pemegang polisi insurans hayat untuk memilih bayaran faedah kematian secara tahunan yang fleksibel sama ada dalam tempoh lima atau sepuluh tahun, bagi memastikan kestabilan kewangan yang lebih terjamin untuk benefisiari.
AssuredLove direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dengan menawarkan tempoh bayaran faedah kematian yang boleh disesuaikan mengikut strategi perancangan legasi masing-masing, sekali gus memberikan ketenangan fikiran.
“Kami berbesar hati memperkenalkan AssuredLove, satu ciri yang mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian inovatif dalam memperkasakan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong.
Katanya, dengan AssuredLove, polisi hayat anda melangkaui perlindungan; ia menjadi satu ungkapan kasih sayang yang berkekalan, direka dengan penuh pertimbangan untuk diteruskan.”
“Dengan menawarkan pilihan bayaran faedah kematian yang fleksibel, kami berhasrat membantu pemegang polisi mengurus legasi mereka dengan lebih berkesan, memastikan orang tersayang sentiasa dibimbing dan disokong mengikut keadaan unik mereka,” tambah beliau.
Dengan AssuredLove, pemegang polisi boleh memilih tempoh bayaran sama ada lima atau sepuluh tahun. Untuk tempoh lima tahun, bayaran tahun pertama ialah 28% daripada faedah kematian, diikuti 18% setiap tahun untuk empat tahun berikutnya. Bagi tempoh sepuluh tahun, bayaran tahun pertama kekal 28%, diikuti 8% setahun untuk sembilan tahun seterusnya.
Faedah tambahan juga diberikan apabila faedah kematian yang berbaki selepas bayaran pertama akan dikenakan faedah. Faedah ini akan dibayar bersama bayaran terakhir atau apabila AssuredLove ditamatkan, yang mana lebih awal, sekali gus memberi pertumbuhan kewangan tambahan sepanjang tempoh bayaran.
AssuredLove boleh digabungkan dengan polisi sedia ada tanpa kos tambahan, menjadikannya pilihan yang mudah diakses dan bernilai untuk pemegang polisi yang ingin meningkatkan perlindungan insurans hayat mereka. Ciri ini juga boleh dilampirkan kepada produk jumlah perlindungan lain termasuk Allianz EverLink Signature, Allianz EverLink Plus, Allianz
PremierLink, Allianz PremierLink Advance dan Allianz PrimeCover, bagi menawarkan pilihan perlindungan yang menyeluruh.
AssuredLove kini tersedia untuk semua pemegang polisi yang layak, sekali gus memberikan peluang untuk menyesuaikan manfaat insurans hayat mengikut matlamat dan keperluan kewangan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut mengenai AssuredLove dan untuk menghubungi Allianz Life atau ejen Allianz Life bertauliah, sila klik pautan ini: AssuredLove.











