TENAGA solar dilihat mampu menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia, seiring dengan dasar kerajaan yang menekankan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui (TBB). Dengan komitmen neutral karbon menjelang 2050, kerajaan memberi isyarat jelas bahawa sektor tenaga bersih akan menjadi teras strategi pembangunan negara. Terbaharu, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyatakan ketersedian untuk melancarkan Program Tindakan Peralihan Solar Dipercepatkan (Solar ATAP) pada 25 Disember depan yang dijangka dapat memberi manfaat kepada…










