PRISM+ perkenal Google TV, peti sejuk boleh suai baharu - Utusan Malaysia

PRISM+ perkenal Google TV, peti sejuk boleh suai baharu

ERIC Kam menjelaskan mengenai produk baharu PRISM+ dalam majlis pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PRISM+, jenama elektronik pengguna dan peralatan rumah terkemuka melancarkan dua produk baharu iaitu U-Series QD Mini-LED Google TV pada harga mampu milik dan peti sejuk Inspire Series boleh suai yang pertama di dunia.

Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam berkata, jenama itu akan terus komited membawa teknologi inovatif pada harga berpatutan kepada isi rumah tempatan.

“Kami berbangga memperkenalkan TV QD Mini-LED pertama yang memberikan hiburan rumah premium pada harga luar biasa.

“Model televisyen baharu itu dilengkapi pelbagai ciri terkini termasuk Dolby Vision, HDR10+, Dolby Atmos, kadar segar semula 144Hz serta Google TV dengan lebih 5,000 aplikasi penstriman.

“Pada masa sama, peti sejuk Inspire Series membuktikan fokus kami terhadap rekaan berfikiran jauh, memberi kebebasan kepada pengguna untuk menyesuaikan peralatan rumah mereka dengan gaya hidup moden,” katanya ketika majlis pelancaran dua produk baharu PRISM+ itu di sini hari ini.

Tambahnya, PRISM+ akan terus menawarkan inovasi terkini dengan harga berpatutan bagi memastikan akses lebih meluas kepada pengguna.

“Kami akan sentiasa menembusi pasaran dengan menawarkan teknologi premium seperti TV Google, monitor ultra-lebar dan peralatan rumah pintar pada harga jauh lebih rendah berbanding jenama besar, tanpa menjejaskan kualiti,” katanya.

TELEVISYEN U-SERIES

Televisyen premium U-Series yang didatangkan dengan empat saiz iaitu 55 inci, 65 inci, 75 inci dan 86 inci itu boleh didapati pada harga pra-tempahan serendah RM2,599 sehingga RM7,999, sekali gus menawarkan pengalaman sinematik hampir setaraf OLED pada harga mampu milik.

Selain itu, peti sejuk Inspire SBS 750 liter dua pintu bersebelahan dan Inspire FDR 720 empat pintu baharu ini merupakan peti sejuk pertama di Malaysia yang pintu kacanya boleh diubah suai mengikut cita rasa pengguna.

PETI SEJUK INSPIRE SERIES

Pengguna boleh memilih panel kaca (matte) anti-silau dalam lima warna iaitu putih, hitam, biru, merah jambu dan kuning air.

Peti sejuk dengan teknologi penyejukan pintar siri itu bukan sahaja menekankan rekaan moden malah menjamin kesegaran makanan lebih lama, malah ditawarkan pada harga berpatutan berbanding jenama lain dalam pasaran iaitu bermula RM2,999 hingga RM3599 dengan jaminan pemampat sehingga 12 tahun.

Orang ramai boleh membeli dua produk berkenaan pada harga pra-tempah tersebut bermula 3 Oktober ini di laman web rasmi PRISM+ serta Shopee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN