KUALA LUMPUR: Beberapa perjanjian perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan negara-negara ASEAN dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat susulan siri rundingan yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Presidennya, Donald Trump. Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer berkata, perbincangan dua hala sejak beberapa bulan lalu tertumpu kepada usaha memperluas akses pasaran, menghapuskan halangan bukan tarif, menangani amalan perdagangan tidak adil serta memperkukuh kerjasama ekonomi dan keselamatan negara. Katanya, beberapa perjanjian telah…