PETALING JAYA: Pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU) terhadap pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dijangka dapat membantu mempercepatkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia sekali gus menjadi pemangkin menjelang pusingan kedua rundingan yang dijadualkan pada November di Malaysia. “Rundingan FTA Malaysia-EU berjalan dengan baik dan sudah tentu pengiktirafan mereka terhadap MSPO akan membantu, manakala pusingan kedua rundingan…