Pasaran saham ditutup negatif

Pasaran saham ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran saham turun 7.90 mata kepada 1,582.85 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,590.75 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,582.83.

Jumlah dagangan sebanyak 2.48 bilion unit bernilai RM2.32 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 491 berbanding 460 dengan 555 kaunter tidak berubah dan 1,145 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 534.83 mata atau 1.22 peratus kepada 44,372.50 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura meningkat 0.06 peratus kepada 4,349.26 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.90 peratus kepada 3,344.20. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN