Pasaran saham dibuka positif

Pasaran saham dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.77 mata kepada 1,599.70 pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,598.93 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,598.99.

Jumlah dagangan sebanyak 140.7 juta unit bernilai RM53.0 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 165 berbanding 86 dengan 239 kaunter tidak berubah dan 2,170 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 301.89 mata atau 0.67 peratus kepada 45,605.32 dan indeks STI Singapura meningkat 2.610 mata atau 0.06 peratus kepada 4,315.23 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 9.77 mata atau 0.28 peratus kepada 3,451.53.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN