PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 8.72 mata kepada 1,582.03 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,590.75 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,582.83.
Jumlah dagangan sebanyak 33.80 bilion unit bernilai RM17.35 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 87 berbanding 63 dengan 192 kaunter tidak berubah dan 2,309 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 279.65 mata atau 0.64 peratus kepada 44,117.32 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura meningkat 0.36 peratus kepada 4,362.00 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.24 peratus kepada 3,322.35. – UTUSAN