Panduan menggunakan BUDI95

Panduan menggunakan BUDI95

RAKYAT memiliki lesen memandu sah layak membeli 300 liter petrol pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.05 seliter. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDI95 adalah inisiatif subsidi petrol RON95 bersasar kepada rakyat Malaysia yang layak diperkenalkan oleh kerajaan bermula pada 30 September.

Lebih 16 juta rakyat Malaysia dijangka menerima manfaat ini. 

Setiap pemegang MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi stesen minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron dan e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet.

Harga subsidi adalah RM1.99 seliter dan had subsidi: 300 liter sebulan. Ringgit berkongsi panduan menggunakan BUDI95.

Semak Kelayakan

Anda boleh melayari: https://budi.mypetron.com untuk maklumat lanjut.

Sila masukkan nombor MyKad anda dan semak status kelayakan dan baki subsidi (jika layak).

Stesen minyak yang menyokong BUDI95

Anda boleh menggunakan BUDI95 dengan hadir ke mana-mana stesen minyak terpilih seperti Petron, Petronas, Shell, Caltex, BHPetrol (pastikan ada pengimbas MyKad di pam).

Gunakan MyKad di pam

Sebelum isi minyak, imbas MyKad anda di pengimbas pam atau kaunter.

Sistem akan sahkan kelayakan secara automatik.

Isi petrol RON95 

Selepas pengesahan berjaya, anda boleh mengisi petrol RON95.

Anda akan dikenakan harga subsidi: RM1.99/liter sehingga kuota 300 liter habis.

Semak baki subsidi

Boleh semak di portal rasmi: https://budi.mypetron.com, aplikasi stesen minyak (contoh: Setel, CaltexGO) dan resit pam minyak (jika disediakan)

Penggunaan BUDI95 pemandu e-hailing

Pemandu e-hailing dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Baki subsidi tidak boleh dibawa ke bulan hadapan 

Baki subsidi tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya.

Siling kelayakan diperbaharui setiap awal bulan dan tidak boleh ‘dibawa ke bulan hadapan’.

Guna MyKad isteri/ keluarga untuk satu kereta

Setiap pemilik MyKad boleh mengisi kenderaan sama, tetapi pemilik MyKad mesti hadir. 

Menggunakan MyKad orang lain adalah salah di sisi undang-undang.

Isi minyak melebihi had

Selepas 300 liter, anda boleh membeli petrol pada harga pasaran tanpa subsidi. Baki kelayakan baharu akan diperbaharui bulan berikutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN