MEMBELI rumah dengan rekaan yang cantik dan menarik bukan sahaja memenuhi keperluan tempat tinggal, tetapi juga memberi kepuasan estetik serta potensi pelaburan jangka panjang.
Pada masa kini, ramai pembeli rumah bukan sahaja mencari tempat tinggal yang selesa, tetapi juga menitikberatkan reka bentuk yang menarik, moden dan mencerminkan cita rasa tersendiri.
Sama ada anda sedang mencari rumah pertama, ingin berpindah ke kediaman lebih selesa, atau sekadar mahu realisasikan impian memiliki ‘rumah idaman’, memilih rumah dengan rekaan cantik memerlukan pertimbangan yang lebih daripada sekadar rupa luaran.
Berikut adalah panduan lengkap untuk membeli rumah cantik dengan rekaan menarik, sama ada rumah baharu, subsale atau dibina atas tanah sendiri.
Menentukan matlamat dan keperluan rumah
Sebelum tertarik dengan reka bentuk, pastikan anda tahu apa yang anda perlukan seperti bilangan bilik dan bilik air serta rumah satu atau dua tingkat.
Selain itu, melihat juga keperluan khas seperti bilik kerja, dapur basah, ruang solat serta eluasan tanah dan binaan.
Sekiranya mahu berdekatan dengan lokasi strategik berhampiran tempat kerja, sekolah, atau akses lebuh raya.
Kenali gaya reka bentuk yang diminati
Jika dilihat terdapat beberapa gaya rumah cantik dan popular di Malaysia seperti konsep moden minimalis, Skandinavia, moden kontemporari dan tradisional.
Boleh juga merujuk kepada dari Pinterest, Instagram atau laman pemaju.
Pilih lokasi yang sesuai dan bernilai
Rumah cantik tapi lokasi kurang strategik untuk mendapatkan suasana yang menyenangkan.
Jika boleh pastikan rumah itu dekat dengan akses ke kemudahan asas (sekolah, pasar, hospital), akses jalan utama atau lebuh raya, kawasan yang sedang membangun (nilai akan meningkat serta kawasan kejiranan selamat dan bersih).
Semak bajet dan kemampuan pinjaman
Rumah cantik biasanya datang dengan harga yang lebih tinggi, jadi pastikan buat semakan kelayakan pinjaman di bank.
Pastikan kita mengira komitmen bulanan iaitu tak lebih 30 hingga 35 peratus daripada pendapatan dan mengambil kira kos sampingan iaitu guaman, duti setem, deposit serta ubah suai.
Boleh juga semak kelayakan untuk Skim Rumah Pertama, PR1MA atau skim kerajaan lain (jika layak).
Pilih pemaju dan kontraktor berkredibiliti (jika rumah baharu)
Untuk rumah baharu atau bina sendiri semak rekod projek terdahulu dan pastikan pemaju berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda juga perlu meneliti pelan lantai, jenis material dan reka bentuk sebenar.
Periksa ciri-ciri rekaan menarik dalam rumah
Semasa lawat rumah atau semak pelan konsep rumah menarik, moden, berkualiti, siling tinggi iaitu rumah rasa luas dan sejuk, bukaan tingkap besar untuk cahaya dan pengudaraan
ruang terbuka iaitu ruang tamu dan dapur konsep terbuka, kemasan moden jubin, pencahayaan, kabinet dapur serta binaan berkualit tiada retak, kemas, kukuh.
Semak peluang ubah suai
Kadang rumah cantik datang dalam bentuk asas anda boleh tambah nilai sendiri seperti menambah elemen dekorasi dalaman (perabot minimalis, warna dinding neutral), membina taman kecil, dinding accent atau dapur basah serta menggunakan konsep rumah simple dan deco cantik rumah idaman”.
Sila semak akhir sebelum membeli
Semak status geran sama ada pegangan bebas atau pajakan dan semak status tanah (rezab Melayu, komersial, pertanian)
Anda boleh juga memeriksa utiliti air, elektrik, pembetungan.
Anda boleh membuat penilaian pasaran semasa untuk pastikan harga berpatutan. – UTUSAN