Oxford United aktifkan semula khidmat kapal dagang Pulau Pinang-Aceh

Oxford United aktifkan semula khidmat kapal dagang Pulau Pinang-Aceh

oxford united
Pengerusi Eksekutif Oxford United Sdn Bhd, Datuk Seri Zakaria Abdul Rahman telah melakukan lawatan kerja ke Aceh baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meneruskan momentum ke arah pengukuhan hubungan serantau, lawatan kerja Pengerusi Eksekutif Oxford United Sdn. Bhd., Datuk Sri Zakaria Abdul Rahman ke Aceh telah melakar sejarah baharu.

Dalam lawatan yang diadakan baru-baru ini itu, Zakaria yang mewakili Oxford United telah mencapai satu persetujuan penting bersama Gabenor Aceh, Muzakir Manaf, bagi mengaktifkan semula perkhidmatan kapal dagang antara pelabuhan Pulau Pinang dan pelabuhan utama Aceh di Lhokseumawe.

Kerjasama ini, yang didorong oleh komitmen dua hala, menandakan fasa baharu dalam memperkukuh ikatan perdagangan dan ekonomi antara Malaysia dan Aceh.

Fasa pertama operasi akan bermula dengan kapal muatan kargo sahaja, manakala perkhidmatan penumpang dijangka akan diperkenalkan sebelum akhir tahun 2026.

Persetujuan yang dicapai ini adalah berteraskan prinsip kerjasama menang-menang, dan ianya dicapai dalam satu lawatan timbal balik kepada kunjungan rasmi Gabenor Muzakir Manaf ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Zakaria merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Yeoh Soon Hin, atas perhatian khusus yang diberikan terhadap cadangan perkhidmatan ini.

Oxford United, syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelaburan di Aceh, memainkan peranan penting dalam merealisasikan lawatan ini.

Syarikat tersebut menyatakan komitmen untuk menjadikan Aceh sebagai rakan strategik perdagangan serantau, sekali gus membuka peluang keuntungan bersama bagi kedua-dua pihak.

Pemerintah Aceh turut menyambut baik cadangan perkhidmatan kapal dagang ini, menunjukkan kesediaan penuh mereka untuk bekerjasama demi pembangunan ekonomi serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN