MOVA, Lazada jalin kerjasama 

MOVA, Lazada jalin kerjasama 

FIRMAN ketika sesi taklimat mengenai MOVA baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aplikasi e-dagang, MOVA menjalinkan kerjasama rasmi dengan Lazada sebagai langkah strategik ke arah pengukuhan segmen perniagaan dalam talian di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi MOVA Asia Tenggara, Firman Chen berkata, kerjasama ini akan melibatkan integrasikan sistem MOVA dengan ekosistem Lazada yang akan bermula bulan ini atau selewat-lewatnya awal Oktober depan.

“Untuk MOVA, ini adalah langkah penting mengukuhkan ekosistem digital kami untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. 

“Bagi Lazada pula, ia membantu menarik pengguna baharu melalui pendekatan pulangan tunai dan penglibatan komuniti di mana kedua-duanya mempunyai misi sama untuk memudahkan pengguna berbelanja secara pintar.

“Kami tahu pengguna hari ini mahukan nilai tambah dan dengan pulangan Lazada melalui MOVA, mereka bukan sahaja membeli, tetapi dapat pulangan tunai secara konsisten dan ia menjadikan pengalaman membeli-belah secara bijak, bukan sekadar transaksi biasa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Mengulas lanjut, Firman menambah, MOVA kini mempunyai lebih 80,000 ahli aktif di Malaysia dan pihaknya menyasarkan untuk mencapai 200,000 ahli menjelang akhir tahun. 

                                                                                                                                         “Purata transaksi harian kami sekarang adalah sekitar 50,000 hingga 80.000 transaksi sehari dan angka ini terus meningkat seiring dengan pertambahan ahli dan kerjasama strategik seperti ini,” katanya.

Firman turut menegaskan, MOVA juga dalam masa yang sama mengambil setiap maklum balas dengan serius susulan isu tular yang timbul sebelum ini dalam memberi keyakinan kepada masyarakat.

“Apa yang penting, kami beroperasi secara telus, mematuhi undang-undang dan memastikan tiada amalan perniagaan yang melanggar peraturan,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN