Bursa Malaysia ditutup positif

Bursa Malaysia ditutup positif

bursa
BURSA Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 7.44 mata kepada 1,585.59 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,578.15 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,581.22.

Jumlah dagangan sebanyak 2.14 bilion unit bernilai RM1.93 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 548 berbanding 438 dengan 524 kaunter tidak berubah dan 1,068 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 625.06 mata atau 1.45 peratus kepada 43,643.81 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura melonjak 0.03 peratus kepada 4,308.520 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.45 peratus kepada 3,219.59. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN