Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.34 mata kepada 1,575.36 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,576.70 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,575.23.

Jumlah dagangan sebanyak 52.39 juta unit bernilai RM39.68 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 125 berbanding 98 dengan 248 kaunter tidak berubah dan 2,106 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 123.76 mata atau 0.29 peratus kepada 42,186.73 ketika berita ini ditulis.

Indeks STI Singapura pula susut 6.690 mata atau 0.16 peratus kepada 4,291.92, manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 1.97 mata atau 0.062 peratus kepada 3,170.38. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN