Ajinomoto curi tumpuan, jadi Penaja Platinum Dapur Mihas 2025

Ajinomoto curi tumpuan, jadi Penaja Platinum Dapur Mihas 2025

MASKOT ceria, Pak Aji turut hadir bagi berinteraksi dengan pengunjung dan menggalakkan penyertaan dalam pelbagai aktiviti Dapur Mihas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menjadi tumpuan utama di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-21 (MIHAS 2025) sebagai Penaja Platinum Dapur Mihas yang menampilkan gabungan dinamik inovasi halal, warisan kulinari dan pengalaman interaktif ke satu daripada pameran perdagangan halal terbesar di dunia. 

Acara MIHAS 2025 berlangsung dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan, AMB tampil dengan 20 demonstrasi memasak secara langsung, sesi perkongsian cerita oleh chef dan aktiviti interaktif yang menonjolkan kepelbagaian produknya serta komitmen syarikat dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan lazat.

“Pengunjung berpeluang menikmati hidangan yang baru disediakan termasuk gyoza ayam dan udang, selain merasai sendiri konsep garam pintar yang inovatif melalui demonstrasi masakan. 

“Maskot ceria Pak Aji turut hadir bagi berinteraksi dengan pengunjung dan menggalakkan penyertaan dalam pelbagai aktiviti Dapur Mihas. 

“Sebanyak 500 beg cenderamata edisi terhad juga akan diedarkan sepanjang sesi berlangsung,” katanya. 

Dalam pada itu, reruai AMB turut menawarkan pengalaman yang menyeluruh dengan mempersembahkan proses pengeluarannya yang diperakui halal, rangkaian eksport yang luas, serta pencapaian utamanya. 

“Pengunjung berpeluang mencuba produk, menikmati promosi istimewa seperti pek Gyoza bersaiz kecil yang baharu dilancarkan dan set bundle Merdeka dengan hadiah eksklusif serta membawa pulang buku kecil resipi budaya,” katanya. 

Dianjurkan setiap tahun oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), MIHAS diiktiraf di peringkat global sebagai platform utama bagi perniagaan halal untuk berhubung, berdagang dan berkembang. 

Selain makanan dan minuman, pameran ini turut mengetengahkan farmaseutikal, peranti perubatan, produk kewangan, fesyen sederhana, penjagaan diri, kosmetik, teknologi hijau, dan pelancongan mesra masyarakat beragama Islam.

Sejak penubuhannya pada 2004, MIHAS telah menjadi gerbang utama bagi perniagaan dan jenama untuk mempamerkan keupayaan mereka kepada khalayak antarabangsa yang pelbagai. 

Dengan pelbagai aktiviti menarik di reruai dan di Dapur Mihas, penyertaan AMB di MIHAS 2025 mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam menyediakan penyelesaian makanan halal yang inovatif, di samping meraikan warisan kulinari Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN