Sapura Energy jenama semula sebagai Vantris Energy

Sapura Energy jenama semula sebagai Vantris Energy

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad memaklumkan syarikat perkhidmatan luar pesisir Malaysia, Sapura Energy secara rasmi menukar namanya kepada Vantris Energy.

Pengendali bursa saham berkata, pertukaran nama itu turut melibatkan perubahan singkatan saham syarikat daripada SAPNRG kepada VANTNRG.

Sementara itu, Sapura Energy Berhad – Warrants A 2019/2026 digantikan kepada Vantris Energy Berhad – Warrants A 2019/2026.

Bursa Malaysia berkata, dyarikat akan didagangkan dan disebut harga di bawah nama baharu berkuat kuasa 9 pagi pada 6 Ogos 2025.

Bagaimanapun, nombor saham syarikat kekal tidak berubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN