PNB pastikan pelaburan sejajar dengan mandat nasional

PNB pastikan pelaburan sejajar dengan mandat nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) konsisten dengan rangka kerja pelaburan yang sentiasa diguna pakai yang mengutamakan kepentingan pemegang unit, rakyat serta agenda nasional dan bumiputera.

Katanya, ia menjadi pertimbangan utama PNB dalam membuat sebarang penilaian pelaburan aset strategik selaras dengat mandat yang diberikan.

“PNB menyambut baik serta menghargai nasihat dan panduan yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu semakan pilihan strategik pelaburan PNB dalam Prolintas.

“Prinsip panduan Perdana Menteri akan dipatuhi dalam proses PNB memuktamadkan penilaian semakan strategik berkaitan pelaburan dalam Prolintas,” katanya dalam kenyataan.

PNB memberi komitmen tidak akan memilih opsyen pelupusan pemilikan sekiranya ia menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit atau memberi kesan negatif kepada usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN