Lebih 100 ejen hartanah terima Lencana Verified PropertyGuru 

Lebih 100 ejen hartanah terima Lencana Verified PropertyGuru 

KENNETH Soh (tengah) bersama Presiden Institut Perunding dan Ejen Hartanah Malaysia (IMPAC), PMgr Ts. Kamal Abd. Ghafur Korusamy (kiri) pada majlis pelancaran Lencana Verified PropertyGuru di The Gardens South Tower, Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 100 ejen hartanah telah menghantar permohonan untuk mendapatkan Lencana Verified PropertyGuru yang diperkenalkan bagi memperkukuh keselamatan pasaran hartanah negara.

Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh berkata, sambutan awal itu menunjukkan kesediaan ejen berdaftar untuk tampil lebih telus dan diyakini pencari rumah.

Kami percaya jumlah ini akan meningkat dengan pantas kerana ramai ejen sudah mula menghantar lesen mereka untuk disahkan.

“Matlamat kami adalah semua 10,000 ribu ejen di bawah kami mempunyai Lencana Verified menjelang hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran itu di sini, semalam. 

Tambah beliau, ciri baharu itu memberi keyakinan tambahan kepada pengguna kerana mereka boleh mengenal pasti ejen dan perunding hartanah berlesen dengan lebih mudah, sekali gus mengurangkan risiko ditipu oleh ejen tidak sah.

“Lencana Verified PropertyGuru hanya diberikan kepada Perunding Hartanah Berdaftar (REN), Ejen Harta Tanah (REA) dan Ejen Harta Tanah Percubaan (PEA) dengan lesen aktif melalui Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Tanah (LPPEH) selepas melalui proses pengesahan ketat melibatkan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), pengesahan butiran lesen profesional, maklumat hubungan berdaftar serta pengakuan terma yang ditetapkan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL (PDRM), Senior Asisten Komisioner Mohd. Razali Mohd. Idrus berkata, penipuan membabitkan ejen tidak berlesen semakin meningkat, justeru usaha meningkatkan kesedaran awam amat penting.

“Kami melihat ciri ini sebagai langkah tepat pada masanya bagi memperkasakan pengguna serta membendung aktiviti penipuan,” katanya.

Menurut Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Tanah (LPPEH), lebih 1,500 mangsa telah diperdaya oleh individu tidak berlesen dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM60 juta antara tahun 2019 hingga 2023.

Dalam pada itu, Presiden Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), Kelvin Yip menegaskan reputasi ejen profesional bergantung pada tahap kepercayaan pelanggan.

“Lencana ini memberi kelebihan kepada ejen berlesen untuk menyerlah, meningkatkan kredibiliti dan mengekalkan keyakinan dalam industri hartanah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN